Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam
Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung
| “ | Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93)[1] | ” |
Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi
| “ | Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)[2] | ” |
Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj
| “ | Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Surah Al-Kahfi : 95 - 97)[3] | ” |
Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali
| “ | (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi : 98)[4] | ” |
Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka
Dari Zainab binti Jahsy :
| “ | Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan. (Hadis Riwayat Muslim)[5] | ” |
Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi
Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
| “ | (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)[6][7] | ” |
Ya'juj dan Ma'juj dalam karya keagamaan
Injil Ibrani
Perkataan "Magog" pertama kalimuncul dalam kitab Injil Ibrani dalam Genesis(Kejadian) 10. Magog merujuk kepada nenek moyang satu-satu bangsa atau negeri. Magog boleh diterjemahkan sebagai "tanah puak Gog", walaupun terdapat ayat-ayat yang menunjukkan Magog sebagai orang. Kejadian 10:2:Keturunan Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras. Ayat di atas memberi satu tanggapan yang jelas bahawa Magog adalah nama orang. Namun, ayat-ayat seterusnya dalam Kejadian menunjukkan bahawa nama nenek moyang memainkan peranan penting dalam penamaan satu-satu negara atau puak, terutama mereka yang mengasaskan puak atau negara itu.
"Gog" dan "Magog" pertama kali muncul bersama-sama dalam Injil dalam Yehezkiel 38:2. Wahai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia,[8] 3. Dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal.[9] Walaupun jelas (dalam Hebrew) menyatakan Magog ialah "tanah" (eretz) melalui rangkap 2, dan Gog adalah "putera" dari rangkap 3, perbezaan identifikasi telah dilakukan. Hal ini dibincangkan selepas teks tersebut. Bible Interliner (Hebrew - Greek - Inggeris) pernyataan 2. "Anak manusia, hadaplah mukamu kearah Gog, tanah Magog, putera Rosh,Templat:Dn Meshech, dan Tubal; dan ramalan terhadapnya."[10] 10. Demikian kata Tuhan "Pada hari itu, ia datang melalui setiap pemikiran dan muncul di mindamu dan kamu akan melaksanakan pelan-pelan jahat:"[11] 11. Kamu akan katakan, "Aku akan menentang tanah yang kampungnya tiada bertembok…(FRZ)(FRZ: merujuk kepada Iraq memandangkan Frz (Kampung Tidak Bertembok) dalam Kitab Esther)[12] 12. Untuk merompak dan merampas harta…"[13] 13. Sheba dan Dedan, dan saudagar Tarshish, dengan semua singa muda dari situ, mengatakan padamu, "adakah kamu datang membawa bencana?"[14] Mereka akan disertai oleh Parsi dari Timur, Phut dari Barat, orang-orang Kush dari selatan, dan lain-lain. Kita dkhabarkan bahawa Gog menghuni utara Israel, tetapi terdapat sedikit pengesahan laluan yang dilalui Gog tersebut. Gog dan sekutunya akan menyerang "sebuah tanah perkampungan tanpa bertembok" untuk mendapatkan harta rampasan, tetapi sebelum menyerang Israel sendiri dikurangkan kepada "enam" saiz mereka (Ezekiel 39:2). Askar yang berkurangan akan dihapuskan di Israel, mayat-mayat mereka ditanam di Lembah Hamon-Gog untuk ditatapi dan diberikan komentar (39:15-17). Bagi mengenali Gog dan Magog, Tuhan telah menjelaskan bagaimana serangan akan ditangkis (Ezekiel 39:1-16). Tentera Gog dan Magog termasuklah masyarakat daripada "Gomer, Tubal, Meshech, dan rumah Togarmah dari utara", semua yang disebutkan adalah waris Japhets dalam Genesis 10. Tuhan menjelaskan selepas kesan peperangan di dalam bab yang sama, dan merujuk "kamu, anak manusia": 17. …,oleh itu Tuhan menyatakan, Berkatalah dengan setiap burung dan binatang buas di padang, kumpulkan dirimu dan datanglah,…'"[15] 18. "Kamu sepatutnya makan daging yang agung, minum darah putera dunia, dari domba dan biri-biri, kambing dan lembu, semuanya fatlings of Bashan"[16] Ezekiel (38 and 39) mengatakan Gog akan dikalahkan.
Gog dan Magog "yang pertama kali disebutkan sebagai pasangan dalam Kitab Perjanjian Baru Wahyu, yang menarik pada penggambaran mereka dalam karya-karya kenabian yang lebih tua. Mereka tampil dalam ayat 20:7-8:
7. Dan ketika masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, dan akan keluar untuk menipu bangsa-bangsa yang berada di empat penjuru bumi, Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang: jumlah yang adalah sebagai pasir di laut. 8. Dan mereka naik ke atas luasnya bumi, dan dikepung perkemahan orang-orang kudus tentang, dan kota yang dikasihi: dan api turun dari Allah dari Syurga, dan memakannya sampai habis. (KJV) Di sini, Gog dan Magog dikenalpasti sebagai bangsa di empat penjuru bumi, dan serangan mereka diwakili sebagai krisis eskatologis selepas Milenium, untuk akan dikalahkan oleh intervensi ilahi. Bahasa Gog dan Magog adalah kemusnahan sangat mirip dengan yang disebutkan dalam Yehezkiel.
§ Hijaunya bumi arafah.
§ Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
§ Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
§ Keluar asap tebal dibumi hijaz.
§ Munculnya nabi palsu yang ke 40.
§ Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
§ Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
§ Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
§ 3 kali gempa bumi
§ Bermulalah kekuasaan Dajjal. § Matahari terbit dari ufuk barat.
§ Terdengar tiupan sangkakala pertama
§ Penaklukan Baitulmuqaddis
| “ | Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] | ” |
§ Zina bermaharajalela
| “ | "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim | ” |
§ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
§ Bermaharajalela alat muzik
| “ | Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah | ” |
§ Menghias masjid dan membanggakannya
| “ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. | ” |
§ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
| “ | Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim | ” |
§ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
§ Ramai orang soleh meninggal dunia
| “ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad | ” |
§ Orang hina mendapat kedudukan terhormat
| “ | Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani | ” |
§ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
| “ | "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad | ” |
§ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
| “ | Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." | ” |
§ Bulan sabit kelihatan besar
| “ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani | ” |
§ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
| “ | Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim | ” |
§ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
| “ | Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad | ” |
§ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
| “ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim | ” |
§ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
§ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
| “ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari | ” |
§ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
| “ | Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai | ” |
§ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
§ Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
§ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
§ Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
§ Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
§ Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
§ Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
§ Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
§ Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
§ Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
§ Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
§ Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
| “ | Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi | ” |
§ Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
§ Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
§ Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
§ Memandang rendah kepada darah
| “ | Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad | ” |
§ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
| “ | Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad | ” |
§ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
| “ | Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. | ” |
§ Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
| “ | Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah | ” |
§ Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
| “ | "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim | ” |
§ Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2] § Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
| “ | "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] | ” |
§ Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
§ Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
| “ | Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. | ” |
1. ↑ bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “104”, The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arabdan Bahasa Inggeris), 638, Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. "Narrated 'Auf bin Malik R.A."I went to the Prophet S.A.W. during the Ghazwa of Tabuk while he was sitting in a leather tent. He said, "Count six signs that indicate the apporach of the Hour: my death, the conquest of Jerusalem, a plague that will afflict you (and kill you in great numbers) as the plague that afflicts sheep, the increase of wealth to such an extent that even if one is given one hundred Dinars, he will not be satisfied; then an affliction which no Arab house will escape, and then a truce between you and Bani Al-Asfar (i.e. the Byzantines) who will betray you and attack you under eighty flags: Under each flag will be twelve thousand soldiers." 2. ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “10”, The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasaBahasa Arab dan Bahasa Inggeris), 1022, Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. "Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "the Hour will not be establish till:(1) two big groups fight each other..(2) about thirty dajjal appear (liars).. (3) the religious knowledge is taken away... (4) earthquakes will increase in number (5) time will pass quickly (6) al-Fitan (trials and afflictions etc.) will appear, (7) al-Harj, (i.e., killing) will increase, (8) wealth will be abundance... (9) the people compete with one another in constructing high buildings, (10) a man passing by a grave of someone will say, "Would that I were in his place" (11) ... the sun rises from the west..."
Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali...
Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh
Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada
Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala
Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.
Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras
Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat
Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa
Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman
Wanita-Wanita Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya.
Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri
Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang
Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya
Memperkosa Mangsanya.
Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana
Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya
Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu
Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa
Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.
Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak
Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia
Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban
Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus
Memperkosa Sehingga 2000 Orang.
Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci
Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera.
Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali
Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si
Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat
Mujarab Iaitu : Sile tkan...
Minyak Naik RM2.70, Anwar Ibrahim Dituduh Penipu Sumber dari berita Bermana : Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga
minyak yg berkuatkuasa hari ini, 5/6/2008. Harga baru untuk pengguna
adalah RM2.70 seliter, iaitu naik RM0.78 dari harga asal seliter, RM1.92.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ramai yang menuduh Datuk Seri
Anwar sebagai penipu, kerana sebelum pilihanraya, Anwar telah berkata
bahawa jika Barisan Nasional terus memerintah negara, minyak pasti akan
naik 30 sen. Namun apa yang berlaku adalah minyak telah dinaikkan
sehingga 78 sen, hampir 3 kali ganda dari jangkaan Anwar.
Berikut adalah beberapa komen
rakyat yang sempat dirakamkan Bermana:
"Wa sulah kata, itu Anwar talak boleh pecaya punya. Mana ada minyak
naik 30 sen maa..Itu kelajaan sulah naikkan minyak 78sen, kira ok maa..wa
boleh jadi cepat kaya" - Tokey Stesen Minyak XX
"Saya memang tak suka dgn Anwar tu. Dia nak turunkan harga minyak kalau
dia jadi PM. Mana boleh. Kalau minyak turun harga, tak boleh lah saya
naikkan lagi harga jualan makanan saya. Bila nak kaya kalo camtu?" -
Pengusaha Kedai Makan
"Releks la bro..Lu kecoh2 minyak naik ni apa hal? Lantak la nak naik
berapa pun. Gua tada hal punya. Janji diorang tak kacau geng gua dah la"
- Mat Rempit aka Peragut Sambilan
"Err...minyak naik? naik ke mana? Minyak apa yang naik ni sedara?
Minyak belacak ke minyak wangi?..Err..sorry le sedara. Saya pun dah lama tak
mengisi minyak kat stesen, saya pakai kad khas VIP je selama ni..tak
tau pulak nak komen apa.." - Anak Menteri Venezula